Pemandu lori hilang belum ditemui

0

Mukah: Usaha mencari dan menyelamat pemandu lori yang hilang di Batang Igan kelmarin masih giat dilakukan.

Pun begitu, lori tiga tan yang dipandu mangsa berjaya ditemui sekitar jam 10.30 pagi semalam, tidak jauh dari tanjakan feri Batang Igan.

Sumber daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Fabian Marison ketika dihubungi memberitahu, mangsa dikenali sebagai Rahmat Putra berusia 35 tahun dan berasal dari Kampung Sekaan, Matu.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang memandu lori tanpa muatan itu dari Igan dan sedang menuju ke arah Matu.

Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan pihak polis masih melakukan siasatan lanjut.

Turut terlibat dalam operasi berkenaan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Lembaga Sungaisungai Sarawak (LSS).