Warga asing simpan telefon bimbit orang lain dipenjara tiga bulan

0

MIRI: Mahkamah Majistret pagi semalam menjatuhi hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang lelaki warga asing yang mengaku bersalah terhadap tuduhan menyimpan satu unit telefon bimbit curi. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dikuatkuasakan mulai tarikh dia ditangkap.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Fazira Azlina Mohd Rofli setelah Nasir Amil, 23, dari Filipina mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan curang telah menerima atau menyimpan satu unit telefon curi jenama Nokia C5-03 dan berwarna hitam kepunyaan Tney How Boon.

Te r t u d u h d i d a kwa melakukan kesalahan itu pada jam 4 petang, 17 Oktober tahun ini di kedai THB Mobile Centre, Taman Tunku di sini. Ketika rayuan, tertuduh memohon hukuman yang ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Tambahan tertuduh amat menyesal atas perbuatannya itu.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara tiga bulan itu dijalaninya serentak dengan hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.

Terdahulu pagi semalam, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan sekali sebatan ke atas tertuduh kerana kesalahan masuk ke negeri ini secara haram.

Bagi kesalahan i tu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah seksyen 6 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau keduaduanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.