Site Last Updated 12:47 am, Saturday

Miliki ‘bakakuk paip’, dua diberkas

by WILLIE JUDE JUNAIDI, wjudeub@gmail.com. Posted on November 3, 2011, Thursday

BUATAN SENDIRI...Pegawai penyiasat polis Inspektor Hasryman Osman menunjukkan senapang buatan sendiri daripada batang paip PVC yang hampir menyerupai bakakuk.

PENAMPANG:  Dua sahabat diberkas selepas sepasukan polis yang membuat serbuan di rumah mereka menemui dua senapang buatan sendiri menyerupai ‘bakakuk’ yang diperbuat daripada batang paip PVC (polyvinyl chloride).

Dalam kejadian pada Isnin kira-kira jam 11.40 pagi itu, polis berjaya merampas dua senapang buatan sendiri dari PVC di mana salah satu senapang berkenaan belum siap sepenuhnya yang disembunyikan di dalam sebuah stor di rumah yang didiami kedua-dua suspek.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis juga turut merampas sebuah pemetik api dan sebiji guli yang dipercayai sebagai peluru kepada senapang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata berdasarkan maklumat sepasukan anggota polis melakukan serbuah ke atas rumah suspek dan berjaya menemui dua buah senapang yang menyerupai bakakuk yang disembunyikan di dalam stor rumah berkenaan.

“Polis terima maklumat bahawa pemilik rumah berkenaan mempunyai senapang tanpa lesen, namun hasil pemeriksaan polis menemui dua sebuah senapang yang menyerupai senapang bakakuk yang diperbuat daripada PVC.

“Dalam serbuan itu juga, polis turut merampas pemetik api dan sebiji guli yang dipercayai sebagai peluru kepada senapang berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini kelmarin.

Ratan berkata, siasatan mendapati senapang berkenaan dibuat daripada batang paip PVC, kemudian diubah suai menjadi senapang dengan menggunakan gas untuk tujuan kelajuan pada peluru berkenaan selepas dilepaskan.

“Apa yang mengejutkan ialah senapang berkenaan mampu menembusi pintu rumah jika ia digunakan, dan ia amat berbahaya.

“Hasil soal siasat, salah seorang suspek dipercayai mempelajari membuat senapang berkenaan daripada seseorang, lalu cuba untuk membuatnya dan berjaya menghasil senapang berkenaan.

Beliau berkata,  senapang itu dipercayai digunakan untuk tujuan memburu binatang seperti tupai dan burung, namun menjadi kesalahan kerana senapang buatan sendiri itu mampu membunuh jika disalahgunakan.

“Sehubungan itu, polis merampas senapang berkenaan untuk siasatan lanjut. Kini kedua-dua suspek berusia 24 dan 41 tahun kini direman lanjut untuk siasatan polis.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali, jika disabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai yang memiliki senjata api buatan sendiri supaya menyerahkan kepada pihak polis bagi mengelakkan mereka dikenakan hukuman.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.