Tiga remaja terselamat dalam kemalangan

0

REMUK TERUK: Pacuan empat roda sedang ditarik dari lokasi kemalangan.

SIBU: Tiga remaja berusia lingkungan 20-an terselamat dalam kemalangan membabitkan Toyota Hilux yang mereka naiki selepas berlanggar dengan sebuah lori membawa ayam hidup.

Insiden yang berlaku semasa hujan lebat kira-kira jam 1.30 petang di Batu 14, Jalan Oya dekat sini Ahad lalu menyebabkan bahagian hadapan pacuan empat roda berkenaan remuk teruk.

Difahamkan Hilux tersebut dalam perjalanan pulang ke Mukah dari Sibu manakala lori tersebut membawa ayam hidup dari sebuah ladang ternakan ke Sibu.

Impak yang kuat daripada perlanggaran tersebut menyebabkan lori berkenaan terbabas ke longkang bagaimanapun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operator ternakan ayam itu terpaksa mengerahkan para pekerjanya untuk pergi ke lokasi kemalangan untuk membantu memunggah puluhan sangkar ayam hidup ke lori yang lain dan seterusnya dihantar ke Sibu.