Site Last Updated 8:33 am, Wednesday

Harga lada cecah paras tertinggi dalam sejarah pasaran negara

Posted on November 9, 2011, Wednesday

SIBU: Harga jualan lada ber-ada di paras tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah pasaran lada di Malaysia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata, pada 4 November lepas harga lada hitam ialah RM17,400 bagi setan metrik, manakala harga lada putih pula RM27,300 setan metrik.

Katanya, dengan kenaikan tersebut, beliau mengunjurkan pendapatan eksport lada pada tahun ini mencecah RM200 juta.

“Justeru, saya menyeru semua pekebun kecil lada di seluruh negara terutamanya di Sarawak, supaya mengusaha dan memperluaskan kawasan tanaman lada masing-masing.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk menanam lada memandangkan harga lada yang tinggi sudah pasti menjanjikan pula-ngan pendapatan lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Stim Lembaga Lada Malaysia (LLM) Cawangan Sibu semalam.

Bernard berkata, pendapatan eksport komoditi negara juga dijangka mencapai sasaran sebanyak RM120 bilion pada tahun ini.

Ia hasil peningkatan harga dan pertambahan permintaan terhadap produk komoditi di pasa-ran tempatan dan luar negara sepanjang tahun 2011, jelasnya.

Katanya lagi, pendapatan eksport komoditi dan produk komoditi pada tahun 2010 ialah RM113 bilion berbanding RM91 yang direkodkan pada tahun 2009.

“Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011, pendapatan eksport komoditi dan produk komoditi meningkat sebanyak 27 peratus kepada RM93.4 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2010,” ujar beliau sambil menambah, secara ke-seluruhan prestasi eksport komoditi pada tahun ini berada di tahap memberangsangkan.

Menyentuh mengenai Loji Rawatan Stim, Bernard memberitahu, ia adalah loji yang kedua dibina di negeri ini selepas loji sama di kawasan Ibu Pejabat LLM di Kuching.

Pembinaannya loji tersebut, ujarnya, merupakan sebahagian daripada rancangan strategik jangka panjang kerajaan ke arah meningkatkan kualiti produk lada dan keselamatan makanan.

“Kita percaya dengan mementingkan ciri kebersihan dan kualiti, ia mampu meningkatkan permintaan serta memperkukuhkan daya saing produk lada negeri ini di pasaran antarabangsa,” katanya

Jaminan dan kualiti yang diperkukuhkan, katanya, akan meluaskan eksport terutamanya di pasaran utama seperti Eropah, Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.

3

13

Updated 08:39 AM, 31 July