Lelaki diserang ketika sesi minum dengan rakan

0

DIPUKUL: Remaja yang berlumuran darah, yang sudah dalam keadaan sedar dibantu oleh rakan-rakannya sementara menunggu ketibaan ambulans.

KUCHING: Satu sesi minum sekumpulan  lelaki berakhir dengan seorang  daripada mereka dirujuk ke hospital  selepas diserang dengan kayu oleh  orang lain.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9  malam pada Selasa lepas apabila mangsa  yang berusia 23 tahun dari Batu 12 Jalan  Kuching-Serian dan beberapa rakannya  melepak di Jalan Song Kheng Hai sambil  menikmati minuman beralkohol.

Menurut seorang daripada anggota  kumpulan itu, dua orang menggunakan  motosikal tiba-tiba muncul sebelum  salah seorang daripada mereka bertindak  memukul remaja terbabit menggunakan  kayu.

Mangsa telah dipukul berkali-kali di  kepala sehingga dia tidak sedarkan diri  dan mungkin mengalami kecederaan  lebih teruk ika rakan-rakannya tidak  datang untuk membantu.

Selepas penyerang dan rakan sejenayahnya  beredar, rakan-rakan mangsa  segera menelefon polis dan ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Remaja terbabit yang sedarkan diri  dalam beberapa minit kemudian, telah  dihantar ke Hospital Umum Sarawak  untuk rawatan.

Rakan-rakannya, yang enggan mendedahkan  sama ada mereka mengenali  penyerang, membuat laporan polis pada  malam yang sama.