Celestina Miss Crown Square 2011

0

CANTIK:Tay menyampaikan hadiah kepada Celestina (tengah). Turut kelihatan Alaric. — Gambar Ismail Hassan

KUCHING: Gelaran Miss Crown Square 2011 iaitu antara gelaran sampingan yang dipertandingkan dalam Pertandingan Miss Borneo Beautiful 2011 (MBB 2011) telah dimenangi oleh Celestina Jong.

Kemenangannya itu adalah berdasarkan undian penonton yang hadir ke pertunjukan previu MBB 2011 di Crown Square malam kelmarin.

Celestina iaitu finalis ke-14 MBB 2011 telah membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta selempang selepas dinobatkan sebagai pemenang gelaran tersebut yang julung kali dipertandingkan sempena MBB 2011.

Sementara itu, seramai tiga penonton bertuah juga telah memenangi hadiah berupa baucar wang tunai daripada Crown Square.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Pengurusan Crown Square Tay Kien Hong.

Seramai enam daripada finalis MBB 2011 turut memeriahkan lagi pertunjukan previu tersebut dengan membuat persembahan seperti nyanyian dan tarian.

Finalis MBB 2011 terdiri daripada Princess Alma Ridi, Rebekah Livan Balan, Melatie Melissa, Maximillian Ulau, Natasha Nur Amarina, Shayndee Dunstan, Elizabeth Wee, Julies Lucas, Adira Kamil, Wilhelmina Clarabelle, Sharifah Nadzirah, Rachel Frankie, Roszainah Suhaili, Magretta Jawai, Farahana Zita, Zierra Enjoo dan Cammielye Oliver

Kesemua finalis tersebut kini berada di  Miri untuk membuat satu persembahan dan akan pulang ke Kuching bagi merebut gelaran Miss Talent 2011 pada Rabu ini.

Hadir sama pada malam tersebut ialah Pembantu Pengurus Pemasaran See Hua Marketing Sdn Bhd Low Kim Foong dan Penganjur MBB 2011 Alaric Soh daripada Alaric Production.

MBB 2011 dimulakan dan dianjurkan buat kali ketiga oleh Alaric’s Production Campany selaku penganjur pertandingan ratu cantik yang paling terkenal dan berpengalaman di Sarawak.

Alaric’s Production juga merupakan penganjur tunggal di dunia yang dinilai serta mendapat sijil ISO9001:2000 bagi pengurusan berkualiti dalam pertandingan ratu cantik.

Tempahan tiket untuk pertunjukan dan majlis makan malam bagi pertandingan akhir MBB 2011 yang akan diadakan pada 18 November ini di Hotel Riverside Majestic Kuching boleh dibuat dengan menghubungi 014-6800000.

Ratu Cantik Borneo 2011 dipersembahkan oleh Borneo Post dan Utusan Borneo serta ditaja oleh Riverside Majestic Hotel Kuching, UCSI University, Crown Square, Alan Inspiration Saloon, Lady Jenn, Les Paul dan Lea Centre.