Orang Ulu Malaysia, Indonesia tetap bersatu

0

SERUMPUN: Delegasi etnik Orang Ulu dari Malaysia dan Indonesia menghadiri majlis dialog serumpun di Kuching, semalam.

Dialog Warisan Serumpun Orang Ulu Sarawak dan Kalimantan Timur landasan perkukuh hubungan etnik

KUCHING: Dialog Warisan Serumpun Orang Ulu Sara-wak (Malaysia) dan Kalimantan Timur (Indonesia) merupakan landasan memperkukuh hubungan etnik terbabit di kedua-dua negara.

Ketua Delegasi merang- kap Bupati Malinau Kalimantan Timur Dr Yansen Tipa Padan berkata perjumpaan masyarakat Orang Ulu dalam dialog terbabit telah mem-buka lembaran baru bagi memper-kukuh hubungan mereka.

“Kami adalah serumpun tetapi dipisahkan dengan persempadanan negara berjiran, Malaysia dan Indo-nesia.

“Namun, saya percaya perjumpaan ini (dialog) mampu memperkukuh hubungan kami dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian dialog terbabit di sini sema- lam.

Menurut Dr Yansen, sememangnya banyak persamaan di antara etnik terbabit meskipun mereka tinggal di negara yang berbeza.

Katanya, budaya masyarakat minoriti itu adalah sama kerana mereka mempunyai hubungan silaturahim yang begitu akrab.

“Saya percaya dengan perjumpaan itu maka kami terus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara tanpa batasan,” katanya sambil mengharapkan kerajaan negeri ini membuka laluan untuk kemasukan etnik terbabit ke sini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Angeline Umih Tujok yang mewakili Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo, Pemanca Tomy Kulleh, Pengarah Imigresen Sarawak Datu Robert Lian dan Presiden Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sarawak Datuk Abu Bakar Abdullah.

Dr Yansen menarik perhatian hubungan persempadanan menjadi masalah utama etnik kedua-dua negara itu.

Ini kerana katanya, kebanyakan etnik terbabit tinggal di persempadanan kedua-dua negara yang semestinya memerlukan pas imigresen untuk memudahkan mereka ber-urusan dalam pelbagai bi-dang.

“Saya percaya dengan pe-nyelesaian masalah imigresen maka kami etnik serumpun kedua-dua negara dapat mempertingkatkan hubungan dalam ekonomi, sosial dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar berkata dialog terbabit melibatkan penyertaan ketua-ketua masyarakat dari daerah Belaga dan Long Nawang, Kecamatan Kayan Ulu Kalimantan Timur.

Katanya, seramai 40 delegasi dari Kalimantan Timur dan lebih 20 pemimpin ma-syarakat Orang Ulu di negeri ini menghadiri dialog yang julung kali diadakan itu.

“Kita amat berbangga dengan kehadiran delegasi Orang Ulu dari Kalimantan Timur dan juga dari Belaga yang bersama-sama berbincang dalam menangani isu persempadanan,” katanya.

Sehubungan itu, delegasi kedua-dua negara terbabit diraikan pada majlis malam mesra sempena dialog itu di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin (Isnin).