Sebuah rumah diserang sekumpulan lelaki

0

REMUK: Keadaan tingkap belakang kereta mangsa yang telah dipecahkan.

KUCHING: Sebuah rumah di sebuah kampung di Petra Jaya telah diserang sekumpulan lelaki malam Ahad lepas.

Menurut mangsa, seramai lapan lelaki yang tidak dikenali menggunakan motosikal datang ke rumahnya sekitar jam 9 malam dan mula menimbulkan kekacauan.

Kumpulan tersebut telah berteriak memaksa mangsa dan keluarganya untuk membuka pintu.

Empat daripada suspek tadi telah memasuki rumah dan empat lagi masih berada di luar sambil memecahkan tingkap rumah dan kereta milik mangsa.

Risau akan keselamatannya, mangsa segera membuat laporan polis selepas serangan tersebut.

Polis masih menyiasat kejadian itu.