Lihan Jok dilantik senator

0

KUCHING: Lihan Jok, 54, dilantik sebagai senator selepas pencalonannya mendapat persetujuan majoriti ahli dewan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17, semalam.

Pencalonan beliau dicadang oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang dan disokong oleh Menteri Kanan Tan Sri James Masing.

Dalam pemilihan semalam, Lihan berdepan saingan daripada calon dikemukakan barisan pembangkang, Dr John Brian Anthony yang dicadangkan oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Wong Ho Leng dan disokong oleh ADUN Kidurong Chiew Chiu Sing.

Pelantikan Lihan sebagai senator menggantikan Datuk Idris Buang dimaklumkan oleh Speaker Dun Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

“Dr John Brian mendapat 15 undi, Lihan Jok pula mendapat 50 undi… dengan ini saya mengumumkan Lihan Jok dengan sah sebagai senator… tahniah,” katanya.

Setiausaha DUN selepas itu memberitahu pihaknya ada menerima surat rasmi daripada Lihan pada 2 November lalu yang menyatakan kesanggupan beliau berkhidmat sebagai senator sekiranya dipilih.

Sementara itu Jabu ketika mengemukakan usul mencadangkan pencalonan Lihan berkata tempoh pelantikan Idris yang dilantik menerusi DUN sebagai Ahli Dewan Negara enam tahun lalu iaitu selama dua penggal tamat pada 28 November ini.

“Atas sebab itu saya hari ini mewakili ahli dewan merekodkan terima kasih kepada YB Senator Datuk Idris Buang atas sumbangan dan khidmatnya yang begitu dedikasi.

“Atas alasan ini juga bagi mengisi kekosongan ini, saya dengan besar hati melaksanakan tugas saya dan penuh penghormatan, saya menamakan calon untuk mengisi kekosongan sebagai senator,” katanya.

Lihan, berbangsa Kayan dari Long Bedian, Ulu Sungai Apoh, Baram Sarawak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan selama dua penggal dari 2001 hingga 2010.

Bagaimanapun, memilih untuk tidak mempertahankan kerusi itu bagi memberi laluan kepada muka baru dan muda juga dari Baram iaitu Dennis Ngau yang kini merupakan ADUN Telang Usan.

Lihan mendirikan rumah tangga dengan Freda Mujan dan dikurniakan empat cahaya mata.

Sebelum menceburi politik beliau merupakan seorang pendidik selama 21 tahun dan lebih banyak menghabiskan masa perkhidmatannya di kawasan luar bandar.

Beliau merupakan penggerak utama menyatukan semua Persatuan Orang Ulu di bawah (Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia) FORUM dan beliau selaku presidennya.

Lihan juga merupakan ahli Lembaga Amanah Yayasan Budaya Dayak, ahli Lembaga Pengajian Tinggi Sarawak dan ahli Lembaga Kilang Pemprosesan Minyak Sawit Bau.

Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lihan antara naib presiden parti Barisan Nasional (BN) itu.

Sementara itu Dr John, dilahirkan pada 1955, berbangsa Iban dari daerah Spauh, Bintulu dan seorang konsultan pengurusan terkemuka selain penulis blog.

Beliau juga merupakan penasihat komuniti Dayak bagi DAP Negeri dan pernah bertanding dalam beberapa pilihan raya tetapi tewas kepada calon BN.KUCHING: Lihan Jok, 54, dilantik sebagai senator selepas pencalonannya mendapat persetujuan majoriti ahli dewan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17, semalam.

Pencalonan beliau dicadang oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan disokong oleh Menteri Kanan Tan Sri James Masing.

Dalam pemilihan semalam, Lihan berdepan saingan daripada calon dikemukakan barisan pembangkang, Dr John Brian Anthony yang dicadangkan oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Wong Ho Leng dan disokong oleh ADUN Kidurong Chiew Chiu Sing.

Pelantikan Lihan sebagai senator menggantikan Datuk Idris Buang dimaklumkan oleh Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

“Dr John Brian mendapat 15 undi, Lihan Jok pula mendapat 50 undi… dengan ini saya mengumumkan Lihan Jok dengan sah sebagai senator… tahniah,” katanya.

Setiausaha DUN selepas itu memberitahu pihaknya ada menerima surat rasmi daripada Lihan pada 2 November lalu yang menyatakan kesanggupan beliau berkhidmat sebagai senator sekiranya dipilih.

Sementara itu Jabu ketika mengemukakan usul mencadangkan pencalonan Lihan berkata tempoh pelantikan Idris yang dilantik menerusi DUN sebagai Ahli Dewan Negara enam tahun lalu iaitu selama dua penggal tamat pada 28 November ini.

“Atas sebab itu saya hari ini mewakili ahli dewan merekodkan terima kasih kepada YB Senator Datuk Idris Buang atas sumbangan dan khidmatnya yang begitu dedikasi.

“Atas alasan ini juga bagi mengisi kekosongan ini, saya dengan besar hati melaksanakan tugas saya dan penuh penghormatan, saya menamakan calon untuk mengisi kekosongan sebagai senator,” katanya.

Lihan, berbangsa Kayan dari Long Bedian, Ulu Sungai Apoh, Baram Sarawak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan selama dua penggal dari 2001 hingga 2010.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mempertahankan kerusi itu bagi memberi laluan kepada muka baru dan muda juga dari Baram iaitu Dennis Ngau yang kini merupakan ADUN Telang Usan.