Ada pihak mengedar borang palsu bantuan khas RM500

0

BACHOK: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam mendedahkan wujud golongan tertentu yang mengedarkan borang palsu bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan lebih awal, terutama di kampung.

Beliau menegaskan hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja berhak mengedarkan borang berkenaan bermula 1 Disember.

Awang Adek berkata, manamana borang yang diedarkan sekarang tidak boleh digunakan kerana ia bukan borang sahih.

“Pihak yang berbuat demikian perlu menghentikannya segera kerana ia boleh mengelirukan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan pegawaipegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di sini.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata, LHDN kini di peringkat akhir penyediaan borang dan akan mengedarkannya mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya sendiri pun belum melihat borang berkenaan,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok. — Bernama