Adik tikam abang gara-gara berebut dapur memasak

0

KUCHING: Gara-gara berebut dapur memasak, seorang abang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ditikam dan ditetak adiknya di perut.

Dalam insiden jam 9 malam, pada Selasa lalu di Kampung Demak Baru, kedua-dua adikberadik berusia 21 dan 33 tahun itu dikatakan mengambil keputusan untuk memasak sendiri makanan mereka selepas selesai menyertai sesi minum.

Bagaimanapun, pergaduhan yang mulanya kecil menjadi semakin hangat menyebabkan si adik yang gagal mengawal perasaan amarah mengambil sebilah pisau lalu menikam perut serta menetak tangan abangnya.

Selepas itu, si adik bertindak meninggalkan abang dan rumah mereka untuk mencari adiknya yang lain lalu menceritakan kejadian tersebut sebelum menyerah diri di Balai Polis Gita.

Sementara si abang yang cedera kemudian dihantar oleh ahli keluarga yang lain ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam kejadian berasingan juga pada Selasa lalu, sebuah keluarga dari Taman Sukma membuat laporan polis selepas cedera dan diugut seorang penduduk di taman yang sama.

Insiden berlaku sekitar jam 7.

30 malam, apabila suspek tibatiba muncul di rumah keluarga berkenaan sambil membawa parang lalu menyerang seorang mangsa berusia 25 tahun yang tinggal di rumah itu sebelum meminta wang RM300.

Bagaimanapun, apabila menyedari mangsa enggan menuruti arahannya, suspek kemudian mengamuk dengan menyerang bapa dan abang mangsa.

Dalam keadaan kelam kabut, mangsa berjaya mendapatkan kenderaan lalu bergegas ke balai polis untuk mendapatkan bantuan.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis pergi ke rumahnya untuk menahan suspek pada malam yang sama tetapi mendapati dia telah melarikan diri.

Keluarga mangsa kemudian segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan dalam insiden itu.