Naik taraf Planetarium Sultan Iskandar ditangguh

0

RASMI: Fadillah memancut air kepada kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran KRT Taman Sri Wangi di Surau Al Quddus Taman Sri Wangi, Kuching semalam.

KUCHING: Cadangan untuk menaik taraf Planetarium Sultan Iskandar (PSI), pusat pendidikan astronomi pertama Malaysia, ditangguh buat sementara waktu sementara menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata, per- mohonan untuk menaik taraf telah dibuat se-belum ini namun tidak diluluskan kerana ke-utamaan di-beri kepada projek yang diperlukan segera oleh rakyat.

“Kita cuba mohon dalam kajian setengah penggal nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkhatan beramai-ramai melibatkan 21 kanak-kanak di Taman Sri Wangi di sini semalam.

Pada Oktober 2008 Fadillah mengumumkan cadangan menaik taraf PSI dengan mengguna-kan khidmat, Warner Brothers, salah sebuah pengeluar filem terbesar di dunia.

Fadillah dipetik berkata, PSI perlu dinaik taraf untuk mencipta satu suasana realistik semasa menonton tayangan di planetarium ber-kenaan.

PSI yang telah beroperasi 19 tahun lepas terletak di Dewan Suarah Kuching dan pernah menjadi tumpuan pelancongan namun kini hanya menjadi tempat kunjungan pelajar pada musim persekolahan dan keluarga pada musim cuti. — Bernama