Tiga tentera nyaris maut kenderaan masuk parit

0

MASUK PARIT: Kenderaan yang dinaiki anggota tentera tersebut hampir terbalik selepas terbabas ke dalam parit.

KUCHING: Tiga anggota tentera terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lepas.

Kemalangan berlaku sekitar jam 9 malam di Batu 7, selepas kereta jenis Perodua Kembara yang dinaiki mereka terbabas.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.