Wakil rakyat perlu balas kesetiaan penduduk luar bandar: KM

3

KERAJAAN PRIHATIN: Taib menunjuk ke arah logo 1Malaysia di tangki air sejurus menyempurnakan simbolik Penyerahan Tangki Air Ke Seluruh Sarawak di Pusat Pentadbiran Baharu Mukah, semalam. Kelihatan sama (dari kiri) Jabu, Fatimah dan Md Yahaya.

MUKAH: Wakil rakyat perlu melaksanakan kewajipan untuk meningkatkan taraf hidup warga luar bandar yang menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Kesetiaan penduduk luar bandar terhadap BN tidak boleh dipertikaikan dan perlu dibalas dengan perkhidmatan terbaik oleh wakil rakyat, tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Penyerahan Tangki Air Ke Seluruh Sarawak di Pusat Pentadbiran Baharu Mukah, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Balingian itu mengingatkan bahawa wakil rakyat bertanggungjawab untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi antara warga bandar dengan luar bandar.

“Sejarah membuktikan penduduk luar bandar menjadi penyumbang utama terhadap pembangunan pesat kawasan bandar selaku pusat perkhidmatan menerusi aktiviti pertanian, perikanan serta perlombongan.

“Dewasa ini, populasi luar bandar kian menguncup ekoran perpindahan ramai anak muda ke bandar. Meskipun begitu, tanggungjawab me-neruskan pembangunan di luar bandar tidak boleh dipinggirkan,” katanya.

Selain itu, Taib mahu para pemimpin akar umbi di luar bandar sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir ekoran cuaca yang tidak menentu sekarang.

“Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang baharu kembali dari Pangkalan Pantu untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk di sana yang terputus bekalan makanan di-sebabkan banjir.

“Penyaluran bantuan di ne-geri seluas 125,000 kilometer persegi dengan 5,000 penempatan yang bertaburan ini sangat kritikal. Justeru, pemimpin akar umbi perlu proaktif dalam mendepani situasi sukar seperti sekarang,” tambahnya.

Hadir sama, isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Setiausaha Persekutuan Sara-wak Datuk Md Yahaya Basi-min dan Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Men-teri Muda Kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri Muran serta Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais turut hadir.

Sebanyak 21,000 unit tangki air diserahkan kepada para residen untuk diagihkan di bahagian masing-masing sebagai persediaan menghadapi per-ubahan cuaca sekarang.