Alexander serah sumbangan kepada Pemuda Foochow

0

SUMBANGAN: Alexson (empat kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Ling, sambil disaksikan oleh yang lain.

KAPIT: Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi menyerahkan sumbangan kepada Pemuda Foochow untuk menganjurkan aktiviti rekreasi dan sukan, baru-baru ini.

Sumbangan sebanyak RM5,000 itu disampaikan oleh wakil beliau, Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Kapit (MDK) Kaunselor Jefferson Jamit, dan RM3,000 disampaikan oleh pembantu beliau, Alexson Abong.

Hadir bagi menerima sumbangan itu, Ketua Pemuda Foochow Ling Hung Ping, Ketua Wanita Foochow Wong Kie Ing dan ahli jawatankuasa yang lain.

Sumbangan RM5,000 itu adalah untuk tujuan perbelanjaan pasukan Pemuda Foochow Kapit menyertai Festival Kebudayaan dan Sukan Foochow di Sibu, manakala RM3,000 untuk penganjuran Pertandingan Badminton 1Malaysia, di Stadium Tertutup Bletih baru-baru ini.

Sementara itu, Ling mewakili Persatuan Foochow Kapit, mengucapkan terima kasih kepada Alexander atas sumbangan tersebut yang membolehkan mereka menganjurkan pelbagai aktiviti.