Masterpiece temui peminat Jumaat ini

0

SIBU: Masterpiece akan menemui para peminatnya sekali lagi di Telaga Kumang (TK) Pub & Karaoke pada 16 Disember (Jumaat ini) jam 10.30 malam.

Menurut Pengurus TK Kenny Ugas, kemunculan Masterpiece kali ini lebih manis lagi apabila vokalis utamanya, Depha akan hadir pada persembahan malam itu nanti selain daripada persembahan secara ‘live’ mereka.

“Ini merupakan kali ketiga Masterpiece yang mendapat gelaran ‘Hero Rock Sarawak’ daripada Amy Search pada Konsert Rock Borneo Terbilang 2011 pada minggu lalu, menerima undangan kami.

“Lebih manis lagi kehadiran Depha juga pasti mampu mengubat rindu para peminatnya di sini.

“Terima kasih kepada Masterpiece kerana dapat menerima undangan TK pada kali ini,” ujarnya.

Tambahnya, di samping berhibur dengan Masterpiece, pihak pengurusan TK turut mengadakan aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah, sesi bergambar bersama artis (Masterpiece) dan ‘Ladies of Da Nite’ bagi memeriahkan suasana pada malam tersebut.