AZAM akan mengadakan perhimpunan esok

0

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) akan mengadakan satu perhimpunan esok (Sabtu, 17 Disember) yang bertemakan ‘Pembangunan Komunikasi: Media Baharu, Peluang Baharu’.

Anjuran kerjasama Institut Pembangunan Sarawak (SDI) dan kumpulan syarikat AZAM, ia adalah sebagai satu saluran untuk ahli-ahli, kakitangan dan rakan-rakan pelbagai kumpulan untuk berinteraksi secara tidak rasmi sambil melayari semula misi AZAM dalam pembangunan Sarawak terhadap era media baharu.

Menerusi kenyataan akhbar semalam, ia juga bertujuan menonjolkan pentingnya penglibatan masyarakat untuk memahami agenda pembangunan negeri dengan tidak hanya melalui cara-cara tradisional iaitu dalam media sosial dalam talian.

Majlis makan malam juga akan menyaksikan usaha integratif organisasi dalam membantu mesej pembangunan berkomunikasi negeri melalui program dan aktiviti yang dianjurkan selama ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga penaung AZAM dijangka hadir pada majlis makan malam tersebut.