Putera William lawat Malaysia pada 2012

0

KUALA LUMPUR: Duke dan Duchess of Cambridge dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 2012.

Menurut satu kenyataan Suruhanjaya Tinggi British di sini semalam, lawatan Putera William dan Duchess Kate me-rupakan sebahagian daripada siri lawatan anggota keluarga diraja British sepanjang tahun Jubli Intan Ratu Elizabeth II, sempena 60 tahun pemerintahan baginda Ratu.

Maklumat lanjut mengenai lawatan itu diumumkan ke- lak. — Bernama