Remaja perempuan dakwa dirogol tiga lelaki asing

0

KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan dan pemeriksaan selepas mendakwa menjadi mangsa rogol oleh tiga lelaki asing di sebuah kampung di Samarahan.

Remaja terbabit mendakwa insiden itu berlaku pada malam sebelumnya di Kampung Tanjung Bundong walaupun keadaan insiden tersebut kurang jelas ketika berita ini ditulis.

Akibat kejadian rogol itu, mangsa memberitahu ibunya mengenai perkara itu yang kemudiannya bergegas membawa mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Selepas itu, ibu bersama mangsa membuat laporan polis di pondok polis di HUS tengah hari semalam.