Warga emas hilang telinga diserang babi hutan

0

SIBU: Seorang pemburu meng- hadapi saat-saat mencemaskan selepas diserang seekor babi hutan yang disangkanya mati ketika memburu di sebuah kawasan hutan di Selangau.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang berumur 70 tahun kehila-ngan telinga kiri dan cedera di pinggang, lengan dan paha akibat di-serang haiwan ganas tersebut.

Terdahulu, warga emas yang bersenjatakan selaras senapang patah itu keluar memburu di hutan tidak jauh dari rumah panjangnya, pada jam 11 pagi hari kejadian.

Tidak lama selepas masuk ke dalam hutan, mangsa dikatakan terserempak dengan seekor babi hutan lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai tepat haiwan itu lalu rebah.

Mungkin menjangkakan babi tersebut sudah mati, dia cuba menghampiri haiwan tersebut namun tidak semena-mena babi itu bangun lalu menyerang mangsa dengan ganasnya.

Penduduk rumah panjang yang mengetahui insiden itu kemudian bergegas menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik di situ, sekitar jam 3 petang.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar oleh ambulans ke Unit Trauma dan Kecemasan di Hospital Sibu pada jam 5 petang hari sama di mana mangsa telah dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut.