Guna sepenuhnya bantuan persekolahan RM100: Wan Uzir

BERBALOI: Wan Ahmad uzir (dua kiri) ketika melancarkan Kempen Jualan Kembali Ke Sekolah di Parkson Grand di Sibu kelmarin sambil disaksikan Tan (kiri) dan Zakaria (kanan).

MIRI: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman menasihati ibu bapa agar menggunakan sepenuhnya bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan untuk membeli barang keperluan sekolah anak-anak mereka.

“Saya percaya dengan adanya bantuan ini, ia adalah mencukupi untuk membeli barang keperluan sekolah anak-anak mereka tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melancarkan Kempen Jualan Kembali Ke Sekolah di Parkson Grand, Bintang Megamall di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Cawangan KPDNKK Miri Zakaria Awang dan Pengurus Kanan Stor Parkson Tan Chee Kean.

Dalam pada itu menurut Wan Ahmad Uzir, kempen ini yang bermula 14 Disember lalu hingga 3 Januari 2012, menawarkan diskaun antara 10 hingga 20 peratus bagi barangan keperluan persekolahan seperti buku, alat tulis, pakaian, kasut dan sebagainya.

“Sesungguhnya kempen sebegini amat berbaloi kerana ia menawarkan potongan harga antara 10 hingga 20 peratus untuk semua barangan keperluan sekolah termasuk kasut dan pakaian sekolah,” katanya.

Selain itu menurut beliau, kempen ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat pihak Parkson serta beberapa pasar raya besar di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Sementara itu katanya, kempen ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan meringankan beban rakyat selain kempen penurunan harga, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of