Tuesday, August 9

JKM serah RM100,620 kepada mangsa kebakaran Rumah Lembong

0

LIMBANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM100,620 kepada mangsa kebakaran Rumah Lembong Entakong Melaban, Medamit semalam.

Bantuan berupa wang tunai, bahan binaan, pakaian seragam dan peralatan sekolah diserahkan sendiri oleh Penolong Pengarah Bahagiannya Aziah Saruji kepada mangsa kebakaran yang terjejas di lokasi kejadian.

Selain itu, sejumlah RM4,650 sumbangan berbentuk bekalan makanan dan RM3,100 bantuan berupa peralatan dapur juga diberikan kepada mangsa terbabit.

Dalam pada itu Aziah berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Pada masa yang sama beliau mahu mangsa bersabar dan tabah menghadapi dugaan.