Saturday, August 13

Keadaan terkawal, air mulai surut di sekitar jalan Batu 24

0

KUCHING: Keadaan ter-kawal dan air mulai surut di beberapa kawasan perkampungan sekitar jalan Batu 24 yang turut dipercayai mengalami banjir teruk dua hari lepas.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati Kampung Chupak masih terdapat banjir sedalam satu kaki namun ramai mangsa banjir sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

Aktiviti membersihkan rumah dijalankan secara bergotong-royong di kalangan penduduk kampung.

Sekitar jalan menuju ke Kampung Riset dan Maang masih mengalami banjir kilat sedalam dua kaki.

Jalan menghubungkan beberapa kampung di situ dapat dihubungi dan kehidupan masyarakat setempat berjalan seperti biasa.