Babi hutan berkeliaran di kawasan perumahan menggusarkan penduduk

0

KULIM: Sekumpulan babi hutan yang berkeliaran di sekitar Taman Desa Impian di sini dan mengerumuni tong sampah di situ sejak kelmarin mengundang kebimbangan di kalangan penduduk di kawasan perumahan itu.

Kehadiran babi hutan yang beratnya dianggar 40 hingga 50 kilogram seekor bukanlah insiden kali pertama yang dialami lebih 200 penduduk di kawasan perumahan itu.

“Kisah babi hutan merosakkan tanaman ubi kayu dan pisang dan lain-lain jenis tanaman berlaku di sini sejak lebih dua tahun lalu,” kata Amir Nordin Othman, 60, yang mendapati isi tong sampahnya telah ditarik keluar babi hutan itu.

Katanya, dia menyedari haiwan itu mencari sisa makanan dalam tong sampahnya setelah dimaklumkan jirannya yang sempat merakamkan gambar tiga ekor babi hutan itu melalui kamera telefon bimbit.

Seorang pesara tentera Ahmad Sabu, 60, dari kampung berdekatan (kampung Baru) pula berkata terdapat berbelas-belas ekor kumpulan babi hutan yang berkeliaran sekitar kampung dan kawasan perumahan di situ.

Ahmad berkata, kumpulan haiwan liar itu dipercayai datang dari bukit bersebelahan kampung di situ yang tanahnya telah ditarah untuk pengambilan tanah merah.

“Haiwan liar itu membimbangkan keselamatan kami dan keluarga yang sering keluar tidak kira masa siang atau malam,” katanya.

Imam masjid di kawasan itu, Ismail Hamid pula meminta kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya bertindak menghapuskan haiwan liar itu segera.

“Binatang itu sudah berani berkeliaran mencari makan di sekitar kampung, jangan pula satu hari kita mendapati kanak-kanak atau penduduk di sini cedera atau parah diserang haiwan liar itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhilitan Daerah Kulim dan Baling, Razali Che Wan ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya telah memasang perangkap untuk menangkap babi hutan berkenaan sejak petang kelmarin.

Katanya, beberapa kakitangan jabatan berkenaan juga telah ditugaskan memantau perangkap dan situasi sekitar kawasan tersebut.

“Kita akan menghantar beberapa orang pegawai lagi esok (hari ini) untuk memantau situasi dan memeriksa perangkap yang telah dipasang itu,” katanya. — Bernama

meletN� nC��umata di hadapan jirannya yang juga juara bertahan, Manchester United yang turut tewas mengejut 2-3 kepada Blackburn pada hari Sabtu.

 

Malam ini (Selasa) di Eastlands, City akan berdepan Liverpool yang masih segar dengan kemenangan selesa 3-1 ke atas Newcastle dan Mancini tidak rela menyaksikan skuad bintangnya melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

“Gol itu (Sunderland) ofsaid sebenarnya namun saya tidak fikir pengadil menyedarinya,” rungut Mancini.

“Saya arif benar tentang bola sepak dan atas sebab itulah, sepanjang 15 minit terakhir, saya hampir kehilangan suara kerana terpekik terlolong mengarahkan barisan pertahanan tidak meninggalkan posisi mereka dan memberikan sepenuhnya tumpuan kerana ancaman yang boleh diberikan oleh Sunderland,” tambah pengurus dari Itali itu.

“Kami kelihatan gemar benar menyerang dengan 10 pemain namun adalah mustahil untuk melakukan perkara seperti itu.

“Saya tidak tahu berapa banyak peluang yang kami ada. Namun saya bukannya bimbang tentang kegagalan kami menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir ini (City terikat tanpa jaringan dengan West Brom pada Boxing Day), sebaliknya saya bimbang dengan pemain lawan yang tahu betapa rapuhnya kami dalam serangan pantas.

“Kami perlu memperbaiki situasi ini. Memang benar banyak peluang yang kami ada namun ada waktunya, apabila anda gagal memenangi satu perlawanan, jangan sampai pula anda tewas akhirnya.”

Mancini yang merehatkan penyerang Mario Balotelli pada perlawanan itu berkata: “Saya berharap ia tidak akan sukar untuk memilih pemain untuk perlawanan menentang Liverpool. Perlawanan ini sudah berakhir dan kami harus memmikirkan perlawanan yang seterusnya.”

Dalam pada itu, Liverpool yang masih menimbang sama ada akan merayu penggantungan lapan perlawanan ke atas Luis Suarez kerana menghina pemain Manchester United, Patrice Evra dengan nada perkauman di Anfield pada bulan Oktober lepas, mungkin menyaksikan penyerang kontroversi mereka itu kembali dari penggantungan satu perlawanan berbeza yang dikenakan ekoran isyarat lucahnya kepada para penyokong Fulham dalam kekalahan 1-0 Liverpool di Craven Cottage pada bulan lepas.

Sementara itu, kapten Steven Gerrard dijangka akan kembali ke kesebelasan utama buat julung kalinya sejak 22 Oktober.

Ia menyusuli penampilan memberangsangkan pemain antarabangsa England itu dalam kemenangan ke atas Newcastle Jumaat lepas.

Pemain tengah berpengaruh itu turut bersemangat dengan tiga pertemuan pasukannya menentang City pada bulan ini, termasuk perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris yang dilangsungkan secara timbali balik.

“Kami sedia menyahut cabaran yang mendatang,” ujar Gerrard. “Mereka mungkin pasukan hebat yang telah memulakan musim ini dengan cukup bergaya namun kami tidak gentar langsung.

“Perlawanan ini nanti pastinya menarik, kami tidak gentar kerana perlawanan seperti inilah yang dinanti-nantikan saya. Saya sudah tidak sabar lagi.”

Prestasi Liverpool di gelanggang lawan ternyata begitu memberangsangkan pada musim ini dengan skuad kendalian Kenny Dalglish itu sudah menang di Chelsea (dua kali), Arsenal dan Everton.

“Di gelanggang sendirilah kami sukar mendapatkan keputusan yang sepatutnya namun kami akan bertandang ke City dengan keyakinan sepenuhnya. Kami akan memberikan yang terbaik dan lihatlah ke mana ia akan membawa kami,” tambah Gerrard. — AFP