Pelbagai pihak kecam perhimpunan haram Bebaskan Anwar 901

0

MIRI: Pelbagai pihak tampil mengecam dan mengutuk perhimpunan haram kempen Bebaskan Anwar 901 yang dijadualkan berlangsung berhampiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus berkata,  perhimpunan haram tersebut bukan sahaja meng-undang kemarahan rakyat Malaysia tetapi juga ahli-ahli politik.

“Kami melihat perhimpunan haram tersebut ada agenda tersendiri bahkan ke-tua pembangkang itu kemungkinan menjadi dalang utama kepada rancangan terbabit (kempen),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Rosey menjelaskan, perhimpunan itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan mampu melumpuhkan ekonomi negara seperti perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu.

“Malaysia sebuah negara yang aman dan kita tidak mahu keadaan huru-hara seperti perhimpunan BERSIH 2.0 ber-ulang di kawasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan,” jelasnya.

Beliau menambah, selain melanggar undang-undang negara, perhimpunan itu juga menggugat ketenteraman dan keselamatan orang awam.

“Kita sangat bertuah kerana rakyat Sabah dan Sarawak tidak terikut-ikut dengan budaya parti pembangkang yang menghasut penyokong mereka menimbulkan keada-an tidak aman,” katanya.