Site Last Updated 4:19 pm, Saturday

Rakyat M’sia terima banyak manfaat program transformasi

Posted on January 5, 2012, Thursday

KOTA MARUDU: Rakyat Malaysia boleh mengharapkan tahun 2012 menerima banyak manfaat daripada program transformasi kerajaan yang akan membuahkan hasil dalam mencapai hasratnya untuk menjai negara maju dalam setiap aspek.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, tahun 2011 merupakan tahun yang baik untuk Malaysia kerana program transformasi mula membuahkan hasil untuk pendapatan yang diharapkan bagi semua peringkat masyarakat.

Beliau berkata, program transformasi meliputi Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Luar Bandar, Program Transformasi Digital dan Program Transformasi Politik menerusi pemansuhan serta pindaan undang-undang keselamatan yang lapuk.

“Hasil dalam bentuk peningkatan pelaburan asing dan domestik, peluang pekerjaan yang banyak, memperbaiki pendapatan nasional dan penarafan antarabangsa bagi kompetitif perniagaan.

“Ini menunjukkan bukti bahawa misi transformasi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberikan manfaat kepada negara dan rakyat,” katanya pada perhimpunan bersama pemimpin PBS bahagian Kota Marudu sempena Tahun Baru di sini semalam.

Ongkili, yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, salah satu cabaran kepada negara yang akan terus dihadapi adalah ancaman kemasukan pendatang tanpa izin akibat pengurusan buruh asing yang lemah.

“Ini adalah masalah yang benar dan serius menjejaskan ekonomi, sosial dan hak politik,” tambah beliau.

Beliau berkata, ini jelas dilihat dengan banyak isu mengenai rakyat asing memiliki status kewarganegaraan yang dikemukakan pada hampir semua pendengaran awam yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC), yang dipengerusikannya.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia memerlukan dasar buruh asing yang ketat, pendekatan yang lebih telus untuk memberikan pas kerja, pemantauan disiplin dan program pengawasan serta tindakan tegas terhadap pendatang tanpa izin di negara.

“Cadangan PBS, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain dan PSC untuk menubuhkan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) hendaklah dipertimbangkan dengan serius oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

“Ini merupakan hanya penyelesaian jangka panjang terhadap masalah pendatang tanpa izin khasnya di Sabah. Pastinya, RCI hendaklah jangan hanya menyiasat masalah lepas tetapi juga sekarang dan tetapkan pelan tindakan yang jelas untuk masa hadapan.

“Kebimbangan bahawa satu hari kelak penceroboh dalam bentuk pendatang tanpa izin akan menentukan nasib masyarakat dan negara pada masa akan datang menjadi kenyataan,” kata Ongkili sambil menambah bahawa usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini memerlukan kerjasama dan sokongan kuat rakyat. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.