Site Last Updated 1:16 am, Sunday

Getah Klon 1Malaysia hanya dikeluarkan Institut Penyelidikan Getah M’sia

Posted on January 20, 2012, Friday

KUCHING: RRIM 3001 atau lebih dikenali sebagai Getah Klon 1Malaysia hanya dike-luarkan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia (Lembaga Getah Malaysia), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

PENERANGAN: Jabu (dua kanan) menjelaskan mengenai RRIM 3001. Turut hadir (dari kanan) Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang.

Beliau dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam berkata, menurut Ketua Pengarah RRIM/LGM benih daripada RRIM 3001 atau 1Malaysia belum terbukti oleh RRIM/LGM.

“Malahan ia tidak disyorkan lagi untuk pengeluaran bahan-bahan yang sesuai sebagai tunas (rootstock) untuk tujuan penunasan.

“Ketua Pengarah RRIM/LGM memaklumkan bahawa pihak RRIM/LGM tidak pernah mengesahkan mana-mana benih daripada RRIM/LGM 3001 kepada mana-mana pengusaha tapak semaian untuk menggunakan tunas,” katanya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian.

Jabu berkata, selain itu ke-tua pengarah RRIM/LGM juga mengesahkan bahawa Sarawak mempunyai bahan penanaman getah bermutu tinggi yang dikendalikan pengusaha tapak semaian yang sedia ada di negeri ini.

“Justeru kami menasihat-kan kepada peladang agar mereka tidak menggunakan sumber bahan tanaman yang tidak disahkan kerana tidak ada kepastian bahawa bahan tanaman tulen berkualiti tinggi,” tegasnya.

Selain itu peladang diingat-kan agar memeriksa perkara berkenaan bersama Kementerian Pemodenan Pertanian bagi memastikan ketulenan bahan tanaman itu.

Jelasnya jika mereka tidak melakukan pemeriksaan yang betul, ia mungkin akan me-ngecewakan sekiranya bahan tanaman mereka itu menghasilkan kapasiti pengeluaran yang rendah.

Sementara itu baru-baru ini, Kumpulan Syarikat DLT menawarkan 15 juta benih getah berkualiti dikenali Getah Klon 1Malaysia untuk ditanam serta diagihkan kepada peladang berminat di bawah Program Anak Angkat Benih Getah Klon 1Malaysia’ yang baru sahaja dilancarkan.

Pengerusi Kumpulan Syarikat DLT Dr Elli Luhat berkata, pengenalan program tersebut merupakan kesinambungan pelancaran Tabung Benih Getah yang dilaksanakan pada Disember tahun le-pas.

Elli yang juga ahli lembaga LGM berkata, baka Klon 1Malaysia itu lebih baik berbanding Getah Malaya, Getah Sarawak sebelum ini kerana mampu mengeluarkan hasil dua kali ganda lebih banyak iaitu 3,000 kilogram (kg) susu getah per hektar setahun.

Manakala baka getah ter- dahulu katanya, hanya ber-kemampuan menghasilkan 1,500 kg susu getah  per hektar setahun.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.