Contohi negara maju jadikan kokurikulum syarat masuk universiti

0

KUCHING: Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menyarankan agar Kementerian Pelajaran mengubah dasar bagi meningkatkan kecenderungan pelajar aktif dalam bidang kokurikulum.

Beliau berkata, kokurikulum amat penting kerana ia sebagai syarat tambahan memasuki univerisiti memandangkan pada masa kini kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) dipenuhi golongan wanita kerana sistem pengambilan berpandukan akademik dan merit.

Tambahnya, Malaysia patut mencontohi negara maju di barat yang meletakkan kokurikulum sebagai syarat untuk masuk ke universiti.

“Universiti di negera barat sudah merubah dasar ini dan Malaysia patut melihat perkara ini secara mendalam.

“Satu sebab kenapa universiti kita dipenuhi wanita adalah sistem pengambilan yang terlalu berpandukan kepada akademik dan merit tanpa mengambil kira hasil kokurikulum.

“Kebanyakan pelajar lelaki terlibat dan cenderung ke arah kokurikulum yang perlu diambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ketika diminta mengulas mengenai saranan Kementerian Pengajian Tinggi agar calon-calon SPM dan STPM perlu aktif kokurikulum untuk masuk ke universiti.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kegiatan kokurikulum diletakkan sebagai syarat tambahan bagi melanjutkan pengajian ke universiti di negara ini.

Jelasnya, terdapat pelajar tidak dapat menyambung pengajian dalam kursus yang dipohon berikutan tidak mengambil bidang kokurikulum semasa persekolahan.KUCHING: Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menyarankan agar Kementerian Pelajaran mengubah dasar bagi meningkatkan kecenderungan pelajar aktif dalam bidang kokurikulum.

Beliau berkata, kokurikulum amat penting kerana ia sebagai syarat tambahan memasuki universiti memandangkan pada masa kini kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) dipenuhi golongan wanita kerana sistem pengambilan berpandukan akademik dan merit.

Tambahnya, Malaysia patut mencontohi negara maju di barat yang meletakkan kokurikulum sebagai syarat untuk masuk ke universiti.

“Universiti di negera barat sudah mengubah dasar ini dan Malaysia patut melihat perkara ini secara mendalam.

“Satu sebab kenapa universiti kita dipenuhi wanita adalah sistem pengambilan yang terlalu berpandukan kepada akademik dan merit tanpa mengambil kira hasil kokurikulum.

“Kebanyakan pelajar lelaki terlibat dan cenderung ke arah kokurikulum yang perlu diambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ketika diminta mengulas mengenai saranan Kementerian Pengajian Tinggi agar calon-calon SPM dan STPM perlu aktif kokurikulum untuk masuk ke universiti.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kegiatan kokurikulum diletakkan sebagai syarat tambahan bagi melanjutkan pengajian ke universiti di negara ini.

Jelasnya, terdapat pelajar tidak dapat menyambung pengajian dalam kursus yang dipohon berikutan tidak mengambil bidang kokurikulum semasa persekolahan.