Robert Kuok kekal kedudukan terkaya Malaysia, diikuti Ananda

0

KUALA LUMPUR: Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset ber-nilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari-pada Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernan-des berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata, aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian se-hingga 20 Januari 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berban-ding 2011.

Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat  keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan daripada Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King daripada Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan daripada Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.

 

Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Januari 2012):

 

Nama Kekayaan (RM Juta) Syarikat

Robert Kuok Hock Nien 45,700.00 Kerry Group/Kuok Group

T Ananda Krishnan 42,998.00 Usaha Tegas

Tan Sri Teh Hong Piow 12,642.01 Public Bank

Tan Sri Lee Shin Cheng 11,356.55 IOI Group

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 9,530.00 Albukhary Foundation

Tan Sri Quek Leng Chan 8,002.92 Hong Leong Malaysia

Tan Sri Lim Kok Thay 7,585.07 Genting Group

Puan Sri Lee Kim Hua 6,588.33 Genting Group

Tan Sri Tiong Hiew King 6,411.46 Rimbunan Hijau

Ong Beng Seng 4,919.56 Hotel Properties Ltd

Tan Sri Azman Hashim 3,470.00 Arab-Malaysian Corp

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun 2,541.74 Berjaya Group

Datuk Mokhzani Mahathir 1,937.27 Kencana Petroleum

Datuk Lee Yeow Chor 1,787.85 IOI Group

Tan Sri Tony Fernandes 1,772.42 AirAsia

Lee Yeow Seng 1,746.00 IOI Group

Tan Sri Lau Cho Kun 1,721.64 Hap Seng Consolidated

Tan Sri Yeoh Tiong Lay 1,711.84 YTL Group

Tan Sri Lee Oi Hian 1,589.97 Batu Kawan

Datuk Lee Hau Hian 1,586.18 Batu Kawan

 

— Bernama