Dadah bernilai setengah juta ringgit dirampas, anggota RELA turut ditahan

1

TERBONGKAR JUA: Moses (kiri) dan Mohd Yusaini menunjukkan barang makanan dalam kotak yang dicampurkan dengan paket dadah oleh suspek bagi mengelirukan pihak berkuasa dan polis.

BINTULU: Dadah bernilai antara RM400,000 hingga RM500,000 termasuk wang tunai RM11,000 berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu dengan pe-nangkapan seorang suspek yang  didakwa sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta tiga suspek lain di sini Jumaat lalu.

Rampasan dadah itu adalah yang terbesar di Sarawak tahun ini. Suspek pertama diberkas pada Jumaat (17 Februari) lalu oleh JSJ Nar-kotik IPD Bintulu di sekitar Commercial Square di sini berumur 34 tahun yang merupakan orang Cina tempatan. Hasil siasatan suspek  turut mendakwa bekerja sebagai  seorang nelayan.

Suspek diberkas semasa sedang membawa sebuah kotak dari pusat perkhidmatan kurier di sini yang tiba dari Kuala Lumpur meng-     gunakan penerbangan tambang  murah.

Semasa pemeriksaan badan ke atas suspek dan kotak terbabit, pihak polis menemui barang makanan dan dadah di dalamnya.

Ketua JSJ Narkotik Sarawak Superitenden Moses Agat berkata, dadah yang ditemui dalam kotak itu berisi syabu yang berat kasarnya adalah 1.045 kilogram termasuk paket kecil berisi pil ecstacy dengan berat 19 gram.

“Selepas pemeriksaan dan mendapat maklumat lanjut daripada suspek pertama, kami telah melancarkan operasi susulan sehingga membawa kepada penangkapan tiga lagi suspek lain iaitu seorang lelaki Cina tempatan, isterinya berasal dari Indonesia dan seorang lelaki Iban,” ujarnya dalam sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu semalam.

Katanya, suspek yang ditangkap turut mendakwa sedang membuat kerja jualan langsung dan mereka diberkas selepas tengah malam di kawasan perumahan sekitar Bin-tulu.

“Kesemua suspek yang diberkas itu berumur dalam lingkungan 26 hinga 36 tahun dan hasil ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah. Manakala wang tu-nai turut dirampas daripada suspek pertama berjumlah RM11,000,” katanya sambil menambah kejayaan itu adalah hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, empat suspek itu akan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 25 Februari ini.

Mengenai sama ada suspek ada kaitan dengan sindiket katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan berkenaan tahap kualiti dadah itu juga ia bergantung kepada ujian lanjut oleh Jabatan Kimia kelak.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mandatori gantung sampai mati.

Selain itu katanya, siasatan turut mendapati bekalan dadah itu adalah untuk kegunaan tempatan.

Sementara itu katanya, dari Januari sehingga 20 Februari tahun ini sebanyak sembilan kes rampasan dadah direkodkan dengan 19 suspek orang tempatan telah di tahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dengan rampasan dadah syabu terbaru ini memperlihatkan kes itu meningkat berbanding tahun lepas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bintulu,Superitenden Madang Usat, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Mohd Said Ibrahim dan Ketua Bahagian Narkotik IPD Bintulu, ASP Mohd Yusaini Kamisan turut hadir dalam sidang media itu.—End

TERBONGKAR JUA: Moses (kiri) dan  Mohd Yusaini menunjukkan barang makanan dalam kotak yang dicampurkan dengan paket dadah oleh suspek bagi mengelirukan pihak berkuasa dan polis.