Peningkatan HFMD di negeri ini membimbangkan

0

Dr Zulkifli

KUCHING: Trend penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan 609 kes dilaporkan dalam tempoh 1 Januari hingga 14 Februari 2012 berbanding 213 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zulkifli Jantan dalam kenyataan akhbarnya berkata, berdasarkan pengawasan setempat, jabatan itu mengesan organisma penyebab merupakan kombinasi EV71 dan virus Coxsackie A16 dengan 90 peratus daripada sampel pesakit diuji positif EV71 setakat 14 Februari 2012.

Beliau menambah, HFMD disebabkan EV71 telah di-kaitkan dengan risiko me-ningkatnya kes penyakit yang teruk malah boleh membawa maut.

“Kawasan yang paling banyak mencatatkan jumlah kes HFMD ialah Kuching de-ngan 189 kes diikuti Bintulu (73), Miri (51), Betong (48) dan Sarikei (36).

“Bagaimanapun Jabatan Kesihatan Sarawak telah mengisytiharkan penularan wabak HFMD di Kuching, Samarahan dan Betong,”     katanya.

Menurut Dr Zulkifli, HFMD umumnya penyakit ringan yang lazimnya me-   nyerang kanak-kanak dengan majoriti kes setakat ini di-  dapati melibatkan jangkitan ringan iaitu hanya 35 (5.9 pe-ratus) kes perlu dimasukkan ke hospital dan sebab utama-nya ialah kurang makan atau minum.

Namun katanya, tiada kes dengan komplikasi serius atau kematian dilaporkan setakat ini untuk tahun ini.

“HFMD hanya boleh berjangkit dari manusia kepada manusia menerusi kontak secara langsung dengan pesakit, tangan ke mulut dan penyedutan titisan akibat batuk atau bersin… pesakit pada mula-nya akan demam panas, kurang selera makan, rasa berdebar dan sering diikuti sakit tekak.

“Selepas demam panas sehari atau dua hari, kesakitan akan mula dirasai di dalam mulut, bermula dengan tompok-tompok merah yang akhirnya bertukar menjadi  ulser.

“Kesakitan biasanya di lidah, gusi dan di dalam pipi dan ruam panas mula terbentuk selepas satu hingga dua hari,” katanya sambil menambah ruam panas kadangkala berserta lepuh dan biasanya pada tapak tangan, punggung atau kemaluan.

Ada juga kes katanya, pesakit yang mengalami HFMD hanya mengalami ruam atau hanya sakit mulut.

Justeru beliau menasihati orang ramai terutama yang mempunyai anak-anak kecil agar mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa meng-amalkan aspek kebersihan.

Antaranya sentiasa membersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan, me-nukar lampin dan membersih najis kanak-kanak.

Orang ramai juga dinasihat menutup mulut setiap kali bersih atau batuk di khalayak ramai, jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala mandi, selimut, cawan, garfu dan sudu, katanya.

“Pastikan juga alat mainan, keadaan rumah sentiasa bersih.

“Kalau terdapat tanda-tanda jangkitan seperti saya kata-kan tadi berlaku pada anak-anak segeralah membawa mereka ke klinik atau hospital terdekat.

“Ibu bapa juga dinasihati tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak dengan orang ramai.

“Anak-anak anda yang didapati mempunyai simptom-simptom jangkitan seharus-nya tidak dibenarkan ke se-kolah atau pusat penjagaan kanak-kanak dalam usaha mengurangkan penyakit ini daripada merebak kepada kanak-kanak lain,” jelasnya.

Sementara itu kepada peng-usaha pusat asuhan kanak-kanak, prasekolah dan taman didikan kanak-kanak (tadika), ini nasihat Dr Zulkifli: “Pasti-kan persekitaran dalam ke-adaan bersih, termasuk semua alat permainan dan jika terdapat kanak-kanak mempunyai simptom-simptom HFMD mereka harus segera diasingkan daripada kanak-kanak lain dan ibu bapa mereka perlu dimaklumkan segera.

Beliau menambah jika perlu Jabatan Kesihatan Negeri boleh mengeluarkan arahan agar pusat asuhan kanak-kanak, prasekolah dan tadika ditutup di bawah Seksyen 18(1)(d), Akta Pencegahan 342 dan Akta Kawalan Pe-nyakit Berjangkit 1988 untuk mengelak transmisi jangkitan lebih serius berlaku.

Maklumat berhubung HFMD berkaitan Sarawak  telah dimuat naik ke laman sesawang Jabatan Kesihatan Sarawak, http://jknsarawak. moh.gov.my.