Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Perdagangan S’wak meningkat
Perdagangan S’wak meningkat
by Clare Cinderella. Posted on February 21, 2012, Tuesday
Catat nilai dagangan RM92.12 bilion tahun lalu dengan peningkatan 24.5 peratus
MIRI: Prestasi perdagangan Sarawak sepanjang tahun lalu menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu men-cecah RM92.12 bilion dengan pe-ningkatan sebanyak 24.5 peratus, sekali gus menyumbang kepada 7.2 peratus daripada nilai daga-ngan negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan mendedahkan, eksport utama Sarawak masih merupakan cecair gas asli (LNG) yang menyumbang sebanyak 51.3 peratus, petroleum mentah (22.6 peratus) dan minyak sawit (8.5 pe-ratus).
“Ketiga-tiga produk ini secara kolektifnya meliputi 82.4 peratus eksport Sarawak ke seluruh dunia.
“Manakala pasaran utama bagi Sarawak ialah Jepun, Taiwan, Korea dan China. Keempat-empat negara ini meliputi 64.1 peratus destinasi eksport global Sarawak,” katanya.
Beliau memberitahu demikian dalam teks ucapannya di majlis perasmian Program Outreach Agensi-agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang diadakan di sini semalam. Teks ucapan beliau dibaca-kan oleh Pengarah MATRADE Sarawak Noor Azian Romlan.
Berdasarkan kepada statistik yang dinyatakan juga, Sagan memberitahu bahawa Sarawak perlu mempromosikan sektor industri lain bagi mempelbagaikan produk yang dieksport ke luar negara, di sam-ping memperluaskan perkongsian pasaran produk-produk Sarawak ke seluruh dunia.
“Di sinilah MITI dan agensi-agensinya terutama MATRADE, membantu syarikat-syarikat di negeri ini mempromosikan kepelbagaian produk dan perkhidmatan, malah turut membantu me-masarkan produk mereka ke pasaran dunia,” katanya.
Mengenai pelaburan, dalam tempoh Januari hingga November 2011, Sarawak telah meluluskan pe-laburan berjumlah RM8.16 bilion, sekali gus menjadikannya destinasi dengan nilai pelaburan tertinggi di Malaysia.
Berdasarkan jumlah itu juga, 51 peratus adalah daripada domestik dan baki yang lain ialah pelaburan asing.
Ini menjadikan pelaburan tersebut mampu menyediakan sebanyak 4,651 peluang pekerjaan di Sarawak.
“Menyedari potensi tersebut, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah diberi kepercayaan untuk meningkatkan lagi inovasi dan produktiviti negara dalam usaha memacu ekonomi Malaysia dengan menjadikan produktiviti sebagai kunci pembangunan utama negara,” katanya.
Sehubungan itu juga Sagan menggesa sektor swasta supaya menstruktur semula syarikat mereka agar mampu menjana lebih banyak persaingan dalam ekonomi domestik selain turut serta dalam melaksanakan polisi-polisi yang bertujuan menyediakan lebih banyak suasana perniagaan yang kondusif.


