Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Blog galak murtad dipantau

Blog galak murtad dipantau

Posted on February 22, 2012, Wednesday

JAKIM bekerjasama dengan SKMM untuk tindakan sekatan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mengenal pasti blog yang menggalakkan murtad bagi mengelakkan pemiliknya terus menyebarkan maklumat dan mendapat simpati serta pengaruh pihak tertentu.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap blog terbabit.

“JAKIM turut berasa bimbang terhadap isu blog murtad yang dibangkitkan dan memandang serius perkara ini.

“JAKIM sebagaimana peranan yang dijalankan selama ini, sentiasa menyemak dan mengadakan pemantauan terhadap penyebaran maklumat yang berkaitan dengan Islamyang disalur dan disebarkan oleh media baru ini,” katanya dalam satu kenyataan,di sini semalam.

Katanya, JAKIM sebelum ini telah mengenal pasti beberapa blog yang cuba menyebarkan pengaruh murtad dan mengemukakannya kepada SKMM untuk tindakan sekatan, namun pihak yang tidak bertanggungjawab itu masih terus membuka blog baru dengan alamat yang berbeza-beza. —  Bernama

Print Friendly

Comments are closed.