Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Lambakan filem tahyul, hantu dan seram membimbangkan

Lambakan filem tahyul, hantu dan seram membimbangkan

Posted on February 22, 2012, Wednesday

Dr Juanda

KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang dita-yangkan terutama melalui te-levisyen memberi kesan ne-gatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya semalam, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu ke-rana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.

“Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport,” katanya.

Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat se-    dangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.

Beliau turut mencadang- kan supaya satu kajian me-ngenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.

Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.

“Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melaris-kan barangan,” katanya.

Beliau berkata, wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berban-ding biasa.

Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping mela-kukan eksploitasi agama da-lam perniagaan. — Bernama

Print Friendly

Comments are closed.