Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - PM dijangka rasmi Kampung Budaya Mini 1Malaysia di Sibu Jumaat ini
PM dijangka rasmi Kampung Budaya Mini 1Malaysia di Sibu Jumaat ini
Posted on February 22, 2012, Wednesday
SIBU: Jumaat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri dua majlis yang dianjurkan oleh komuniti Cina tempatan.
Menurut Datuk Lau Nai Ho, Pengerusi Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu, Najib akan merasmikan Kampung Budaya Mini 1Malaysia berdekatan Taman Jubilee Bukit Aup pada jam 9 malam.
Kampung itu adalah projek persendirian ahli perniagaan Ying Tieng Chai untuk memulihara dan menge-tengahkan pelbagai budaya serta tra-disi pelbagai etnik Cina di negeri ini.
Ia akan menjadi sebahagian daripada tarikan yang akan ditawarkan oleh Sibu kepada pengunjung dan pelancong.
Bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, Lau berkata Najib akan turut melancarkan tema 1Malaysia 1UCA di venue yang sama.
UCA adalah persekutuan yang menggabungkan tujuh persatuan Cina di Sibu manakala 1Malaysia 1UCA adalah tema baru yang diterapkan untuk menggambarkan kepentingan dalam bersatu padu dan mewakili pelbagai persatuan.
Lau berkata memorandum mengandungi masalah yang mendepani komuniti Cina di negeri ini akan turut diserahkan kepada Najib oleh Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sarawak Wong Aik Long selepas majlis itu.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh dan Anggota Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King. — Bernama

