Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Time 3 perluas liputan selular ke kawasan terpencil: Salang
Time 3 perluas liputan selular ke kawasan terpencil: Salang
Posted on February 22, 2012, Wednesday
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan program perluasan liputan selular yang melibatkan pembinaan 1,000 menara komunikasi di seluruh negara.
Timbalan Menteri Penerang-an, Komunikasi dan Kebudaya-an Datuk Joseph Salang ber-kata, program itu yang dikenali sebagai Time 3, menyasarkan kawasan terpencil dan kampung dengan penduduk kurang 80 orang bagi setiap kilometer persegi.
“Setakat ini 127 menara telah dibina dan baki 873 menara dijangka selesai tahun ini,” kata-nya pada sidang akhbar selepas pelancaran ‘DMD Android Smartphone Communicator’, telefon pintar yang disasarkan kepada segmen pasaran mampu milik di Malaysia. — Bernama

