DBKU guna Facebook untuk dekati masyarakat

0

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kini menggunakan Facebook untuk mendekati masyarakat serta melaksanakan lebih banyak program kemasyarakatan.

Menurut siaran media yang dikeluarkan semalam, Facebook akan menjadi landasan paling tepat untuk berbincang mengenai isu-isu yang dihadapi di bandar raya ini.

Pada masa yang sama ia turut akan menjadi platform untuk orang ramai mengemukakan cadangan, aduan dan maklum balas.

Mengenai laman tersebut, pengunjung boleh menda-patkan Pusat Khidmat 24 Jam, Talian Bebas DBKU, DBKU Ronda, DBKU Bantu, Laman Web Utama  dan Peti Cada-ngan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 082-446688 sambungan kepada Jabatan Perhubungan Awam.