Penyakit kelamin berleluasa

2

Golongan belia Kuching catat jumlah tertinggi melibatkan 146 kes pada tahun 2011

Dr Ruzaina Mis

KUCHING: Golongan belia di bandar raya ini mencatatkan jumlah tertinggi menghidap penyakit kelamin iaitu melibatkan 146 kes pada tahun 2011.

Pegawai Epidemologi daripada Pejabat Kesihatan Kuching Dr Ruzaina Mis berkata, setiap tahun peningkatan penduduk di bandar raya Kuching yang menghidap pe-nyakit berkenaan dianggarkan melebihi lima peratus.

Tambahnya, kebanyakan kes dilaporkan melibatkan para belia yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun yang berpunca dari-pada aktiviti seks bebas.

“Dalam laporan statistik me-  nunjukkan penyakit kelamin se-perti sifilis dan gonorhoea tahun lepas (2011), sebanyak 261 kes dicatatkan iaitu sifilis melibatkan 62 kes dan gonorhoea, 199 kes,” kata-nya.

Menurutnya, berdasarkan statistik kes terbabit pada 2011 di bandar raya Kuching, kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 140 kes, diikuti kaum Bidayuh (38), Iban (37), Cina (25), etnik-etnik lain (11) warga asing (lima) dan Melanau (empat).

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog bersama pengusaha-     pengusaha pusat refleksologi di  Auditorium MBKS di sini sema-lam.

Selain itu beliau memberitahu, remaja berusia 13 hingga 19 tahun turut menjadi penyumbang kedua terbesar iaitu 40 kes dicatatkan diikuti golongan 30-an hingga 39 tahun yang melibatkan 21 kes.

Pada masa yang sama, Dr Ruzaina mendedahkan individu yang dijangkiti penyakit itu kebanya- kannya masih berstatus bujang    iaitu menyumbang 160 kes pada 2011.

“Semua ini berpunca daripada pengalaman gaya hidup kurang sihat seperti mengamalkan seks bebas yang merupakan faktor utama menyumbang kepada permasalahan ini,” jelasnya.

Justeru, beliau menyarankan agar pengusaha-pengusaha pusat refleksologi tidak menjalankan aktiviti kurang sihat yang mendorong kepada seks bebas agar dapat mengurangkan kes seperti itu.

Mengulas isu yang sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) James Chan berkata MBKS tidak dapat menutup pusat urut semata-mata kerana terdapat tanggapan negatif menyata-kan ia dijadikan sebagai tempat melakukan aktiviti seks.

Beliau berkata, ada pihak terutama wanita menyarankan agar pusat refleksologi ditutup bagi mengekang kegiatan pelacuran yang didakwa berlaku di premis berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya tidak ada menerima laporan rasmi me-ngenai penyalahgunaan pusat refleksologi sebagai tempat melakukan aktiviti seks. MBKS setakat ini mengeluarkan 126 lesen pusat refleksologi.

Justeru, beliau memohon peng-usaha pusat refleksologi tidak menyalah guna lesen tersebut.

“Terdapat segelintir orang ter-utama golongan wanita meminta kami (MBKS) menghentikan pemberian lesen kepada anda (peng-usaha  pusat refleksologi dan kesihatan) kerana tanggapan yang ne-    gatif terhadap pusat-pusat ini,” katanya dalam sesi dialog bersama pengusaha-pengusaha pusat ref-   leksologi dan kesihatan di sini semalam.

Tambahnya, para pengusaha perlu mengikut dan mematuhi segala peraturan yang telah di- tetapkan sejajar dengan peruntukan perundangan dalam penubuhan pusat refleksologi dan kesihatan.

Terdahulu,  Pengurus Kesihatan Awam dan Bahagian Pelesenan MBKS Zuraida Idris berkata, terdapat 65 kes belum selesai melibatkan pusat refleksologi dan ke-sihatan kerana tidak memenuhi  piawaian yang ditetapkan.

Jelasnya, antara kesalahan itu adalah melanggar syarat lesen me-libatkan 15 kes dan tidak menghantar pelan bangunan yang membabitkan 50 kes.

Justeru, beliau mengingatkan pengusaha-pengusaha pusat reflek-sologi dan kesihatan segera me-menuhi segala tuntutan perunda-ngan yang bakal berkuat kuasa 1 Mei akan datang supaya mereka tidak dikenakan tindakan.

“Tiga puluh (30) April 2012 adalah tarikh akhir selepas tempoh tiga tahun yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha pusat refleksologi untuk memenuhi se-gala tuntutan undang-undang yang ditetapkan.

“Jadi saya berharap semua anda mematuhi segala undang-undang ini kerana kami akan mengadakan pemeriksaan pada Mei akan datang dan jika anda tidak memenuhi peraturan itu tindakan tegas akan diambil,”  kata Zuraida.

Beliau memberitahu antara peraturan itu adalah pengusaha perlu memastikan premis mereka memenuhi piawaian ditetapkan se- perti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

“Pekerja juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan agar premis itu selamat daripada sebarang penyakit yang berjangkit,” ujarnya.

Sementara itu, pengusaha Body Wellness Day Spa Linda Wee meminta agar pihak MBKS meletakkan garis panduan kepada premisnya kerana dia menjalankan pengusahaan kecantikan bukan pusat refleksologi.

“Saya membuka premis kecantikan bukan pusat refleksologi tetapi saya disarankan memenuhi segala peraturan penubuhan pusat refleksologi jadi ia tidak adil bagi saya.

“Justeru saya menyarankan agar MBKS membuat satu garis pan-duan khas untuk kes saya ini,” kata-nya ketika sesi soal jawab se-      malam.

Kaunselor Mohammad Taufik Abdul Ghani yang mewakili MBKS akan melihat dan meneliti perkara itu bagi memastikan kes dapat diselesaikan.

Hadir sama wakil Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Raymond Acheng dan Anoi Kian daripada Balai Polis Kuching.