Asian Beacon hina kaum Iban

49

MARAH: Chambai menunjukkan artikel terbabit kepada pemberita, semalam.

Tulisan Henry Ng merendah-rendahkan martabat, menghina serta memfitnah

SIBU: Sebuah artikel bertajuk ‘Tengkorak dan sagu cacing’ yang disiarkan dalam majalah Asian Beacon Jilid 44 didapati telah  merendah-rendahkan martabat, menghina serta memfitnah ma-syarakat Iban.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawang-an Sibu Chambai Lindong menya-takan rasa kesal atas artikel ter-babit dan berkata ia menanam persepsi yang salah masyarakat lain ke atas orang Iban.

Penulisnya, Henry Ng yang ber-khidmat dengan KK Eagles memberi tumpuan terhadap penginjilan kepada masyarakat luar bandar, yang disebut dalam perenggan lapan artikelnya di mana beliau menulis bahawa lintah, semut goreng dan lebah adalah antara makanan Iban.

Perenggan 12 artikel terbabit menyebut dan dipetik seperti berikut: ‘Iban menikmati rokok dan minum minuman keras, dan me-reka sering mabuk semasa musim perayaan atau majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan.

‘Mereka juga cenderung untuk menjadi tidak bermoral. Saya telah melihat lelaki dari rumah panjang lain memasuki sebuah rumah panjang yang berbeza untuk mencari wanita.

“Selepas minum ‘tuak’, mereka akan mengadakan aktiviti seksual dan itu adalah perkara biasa. Para ibu yang didapati telah menawarkan anak perempuan mereka untuk seks kepada lelaki dengan ha- rapan untuk berkahwin dengan anak perempuan mereka.”

Chambai yang merupakan seorang peguam berkata, terdapat banyak kesilapan fakta yang ditulis oleh Ng itu.

“Ia adalah sangat memualkan untuk membaca artikel ini. Ini  merendahkan martabat, meng-     hina serta fitnah masyarakat kita (Iban).

“Apa yang dia tulis menggambarkan masyarakat Iban sebagai masyarakat yang keji dan merendah-rendahkan bangsa Iban.

“Setiap masyarakat Iban yang waras mesti membidas artikel ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Chambai percaya Ng menulis berdasarkan apa yang disyakinya dan tidak melalui penyelidikan.

Beliau berkata, penulis terbabit mesti memohon maaf kepada masyarakat Iban amnya.

Sementara itu, melalui laporan Bernama, Timbalan Menteri Pe-nerangan Komunikasi dan Ke-    budayaan Datuk Joseph Salang semalam, melahirkan perasaan duka citanya dengan satu artikel yang menghina masyarakat Iban.

Sambil melahirkan perasaan terkejut selepas membaca artikel yang ditulis seorang mubaligh Kristian dalam sebuah majalah Kristian antara mazhab, Asian Beacon, beliau berkata ia adalah di luar kefahamannya bahawa seorang mubaligh Kristian ‘boleh berkhayal de-ngan idea-idea romantik’ dan mengeluarkan artikel yang penuh penghinaan.

“Sebenarnya saya tidak pernah mendengar orang Iban memakan lintah atau semut goreng tak kira selazat mana pun ia,” katanya me-ngulas mengenai artikel itu.

Salang tidak menolak lelaki Iban ‘suka minum dan merokok’ tetapi tidak ramai yang merokok pada masa ini berbanding zaman dahulu di mana mereka semestinya me-rokok bagi menghalau nyamuk dan agas semasa mengerjakan sawah mereka.

Sambil meminta penulis itu memohon maaf kepada masyarakat Iban Sarawak Salang berkata, jika penulis itu benar-benar takut kepada Tuhan seperti mana sepatut-nya sebagai seorang mubaligh, dia sepatutnya membaca lebih banyak Injil agar tidak menyakiti perasaan orang lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent yang juga peng-anut Kristian turut terkejut dengan artikel itu.

Katanya, penulis itu patut me-nukar kerjayanya kerana apa yang dilakukannya lebih merugikan      agama Kristian.