Mong: Saya ada hak demokratik

Mong Dagang

SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang menegaskan beliau mempunyai hak demo-kratik untuk menghentikan pemberian bantuan kerajaan kepada pekebun kurang upaya (OKU), Frusis Lebi, 52, dari Rumah Anyai, Entulang Entawa, di sini.

Berdasarkan hak ini, kata-nya, keputusan dibuat memandangkan Frusis adalah seorang penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya dipercayai menjadi pusat ope-rasi calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu.

Menurut beliau, Frusis nya-ta mendapat lebih banyak bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, tetapi bantuan itu seolah-olah tidak dihargai.

“Ia membazirkan wang cukai yang dibayar saya dan semua rakyat Malaysia, apatah lagi pengundi Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang mungkin akan marah pada saya sekiranya mengetahui perkara ini.

“Semua orang mempunyai hak demokratik, begitu juga dengan saya, maka saya harus bertindak adil dengan memberikan bantuan kepada golongan OKU yang wajar memperolehi bantuan berbanding Frusis,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Begunan berkata demikian pada sidang media di Dewan Suarah Sri Aman apabila isu Frusis disiarkan secara meluas dalam Internet sejak kebelakangan ini.

Menurut Mong lagi, Frusis pernah mendapat bantuan berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011.

Beliau turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011 apabila pendapatan beliau didapati melebihi kadar yang dijangkakan, iaitu mampu berdikari.

Frusis yang mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok.

Justeru, Mong berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian.

“Saya dipilih bukan berkhidmat untuk seorang individu sahaja, tetapi semua rakyat di DUN Bukit Begunan dan negeri Sarawak amnya.

“Saya percaya, terdapat individu atau pihak yang menjadi dalang kepada timbulnya isu ini demi kepentingan politik mereka, tetapi Frusis tidak sedar dia dipergunakan oleh mereka,” kata beliau.

Sementara itu, Mong mengakui bahawa surat yang ditujukan kepada Penolong Pengarah Pertanian Sri Aman itu adalah surat daripadanya.

“Saya tidak menafikan surat itu daripada saya kerana saya bekerja berprinsip, tetapi saya tidak tahu macam mana surat itu boleh diperolehi Frusis dan disiarkan dalam media.

“Perkara itu biarkan pihak berkuasa untuk menyiasat,” ujarnya.

Dalam mempertahankan rekodnya, Mong berkata, beliau telah memberikan peruntukan sebanyak RM7,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Sarawak dan RM5,000 kepada KUSIA tahun lalu.

Ini bermakna, katanya, beliau tidak sama sekali mengabaikan nasib golongan OKU.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of