Site Last Updated 7:09 am, Thursday

Pelaksanaan RMK-10 dipantau secara sistematik

Posted on March 22, 2012, Thursday

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membangunkan Sistem Pemantauan Inisiatif Rancangan Malaysia Ke-10 (SPI-RMK-10) bagi memantau dan menyelaras pelan pelaksanaan RMK-10 dengan lebih sistematik dan berkesan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany berkata sistem yang diwujudkan bagi tempoh 2011 hingga 2015 itu membolehkan kerajaan mengambil tindakan segera sekiranya wujud sesuatu masalah yang melambatkan proses pelaksanaan.

“Bagi tahun 2011, pelan pelaksanaan inisiatif RMK-10 telah dicapai dengan melebihi sasaran yang ditetapkan.

“SPI-RMK-10 turut membuktikan kerajaan sentiasa komited untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang bertanya tentang kesediaan negara dalam mencapai sasaran Wawasan 2020.

Devamany berkata, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar strategi baru di bawah RMK-10 bagi mengukuhkan tahap kesediaan menjelang 2020 dalam bidang pendidikan, guna tenaga dan daya saing.

Katanya, antara dasar dan strategi baru yang dilaksanakan ialah memperluas akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) di sekolah menengah, mewujudkan Akta Persaingan, dan mewujudkan Talent Corporation. — Bernama

Devamany berkata bahawa selain RMK-10, kerajaan terus menumpukan kepada peningkatan produktiviti, pembangunan modal insan, kreativiti dan inovasi seperti digariskan dalam Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Pelan Transformasi Kerajaan. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.