Site Last Updated 11:40 am, Friday

Pembalakan haram di S’wak terkawal

Posted on March 22, 2012, Thursday

SIBU: Biarpun masih berlaku, kegiatan pembalakan haram di negeri ini bukan masalah serius dan ia terkawal.

Menteri Perancangan Sumber Kedua dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebanyak 96 kes pembalakan ha-ram telah dilaporkan di seluruh negeri tahun lepas sementara pada 2010, terdapat 91 kes.

“Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku di bahagian Kuching dengan 48 kes diikuti Sibu (24), Bintulu (16) dan Miri lapan kes.

“Pada tahun 2010, baha-gian Sibu telah mencatat 40 kes, Kuching (28), Miri (15) dan Bintulu (lapan),” kata-nya kepada sidang media selepas merasmikan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri di sini semalam.

Hasilnya, kerajaan meng-alami kerugian kira-kira 0.01 peratus daripada jumlah RM731 juta daripada hasil yang dipungut daripada cukai balak dan royalti pada 2010.

“Tetapi ini tidak bermakna kita akan membenarkan mas-alah ini untuk terus berlaku tanpa jalan penyelesaian,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, pengiat industri dan masyarakat tempatan perlu memainkan peranan mereka untuk membendung aktiviti pembalakan haram.

Sambil memberi contoh, beliau mahukan semua pihak melakukannya melalui program sukarela renjer hidupan liar dengan melantik pemimpin masyarakat tempatan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan.

Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai teknologi moden untuk memantau dan mengesan masalah itu selain pengawasan udara dan rondaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata negeri ini akan mempunyai taman negara ketiga bagi perlindungan bakau dengan pewartaan salah satu kawasan di Limbang tidak lama lagi.

“Kawasan ini kini sedang dikaji,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata hanya Kuching Wetland National Park berkeluasan kira-kira 6.640 hektar dan Taman Negara Bakau Rajang telah diwartakan.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Ali Yusop.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.