Doni bakal jadi rakyat Sarawak pertama takluk puncak Everest

1

CABARAN: Doni dalam cubaan pertamanya mewakili Sarawak mendaki Gunung Everest.

KUCHING: Doni Sahari, 48, anak kelahiran Kampung Lintang, Kuching bakal melakar sejarah menjadi rakyat Sarawak pertama menakluk puncak Gunung Everest.

Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter (29,029 kaki) dari paras laut.

Doni menyedari halangan bakal dihadapinya untuk menjadikan impiannya itu kenyataan.

“Saya mungkin bukan rakyat Sarawak yang pertama mendaki hingga ke puncak Everest, tetapi saya tetap berazam untuk menjadi yang pertama sampai ke ke puncak Gunung Everest.

“Saya sudah bersedia dan saya tidak akan berpatah balik selagi impian saya ini tidak tercapai,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Kuala Lumpur Rabu lepas.

Beliau yang sememangnya menggemari sukan lasak juga merupakan presiden Kelab Sukan Lasak Kenyalang (KALK) merupakan inspirasi kepada ahli persatuan serta pengikut-pengikutnya.

Sunarti Fitri salah seorang ahli KALK berkata: “Saya amat berbangga dengan pre-siden kami dalam usaha men-daki Gunung Everest.

“Ini adalah suntikan semangat kepada kelab, rakan dan semua penggiat sukan lasak di seluruh Sarawak.”

Pendaki-pendaki lain bersama dalam misi Doni akan bertahan di persekitaran iklim baharu di kem perhentian di sebelah selatan gunung itu selama dua bulan.

Kem perhentian itu adalah laluan pendakian yang paling popular di Himalaya dan ia dikunjungi ribuan pendaki setiap tahun.

Pendaki-pendaki biasanya mendaki dari ibu kota Nepal, Kathmandu ke Lukla berhampiran gunung berkenaan untuk menjimatkan masa dan tenaga sebelum memulakan pendakian pada sebelah paginya menuju ke kem perhentian.

Pendaki meneruskan perjalanan ke ibu kota Sherpa, Bazar Namche, 3,440 meter (11,290 kaki) menjejaki lembah sungai Dudh Kosi.

Perkampungan di situ ada-lah pusat di kawasan berke-naan dengan makanan, bara-ngan keperluan dan peralatan mendaki gunung boleh dibeli di situ.

“Saya juga amat teruja untuk mengunjungi tempat-tempat ini dan saya ada mendengar daripada rakan-rakan sebelum ini yang pernah datang ke sana.

“Kali ini giliran saya untuk melalui pengalaman menakjubkan ini,” ujar Doni.

Perjalanan dari Kathmandu ke sungai Dudh Kosi mengambil masa kira-kira dua hari dan lazimnya pendaki akan dibenarkan berehat untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran iklim baharu.

Mereka seterusnya mene-ruskan pendakian untuk dua hari lagi ke Dingboche, 4,260 meter (13,980 kaki) sebelum berehat pada keesokan harinya untuk penyesuaian diri.

Dua hari lagi diperlukan untuk pendaki sampai ke Kem Asas Everest menerusi Gorakshep, kawasan rata di bawah Kala Patthar, 5,545 meter (18,192 kaki dan Gunung Pumori.

“Saya bukan ke sana untuk melancong. Saya ada misi dan melakukannya untuk Sara-wak, “ kata Doni dengan penuh bersemangat.

Doni kakitangan kerajaan, menggelar misinya sebagai ‘Cabaran Everest 2012’ yang dianjurkan oleh Persatuan Jurulatih Rekreasi Luar Kebangsaan (PJRLK) beribu pejabat di Semenanjung Malaysia.