Kahwin beramai-ramai warga Indonesia tiga hari berturut-turut

6

KUCHING: Pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching akan menganjurkan upacara kahwin beramai-ramai warganya selama tiga hari berturut-turut mulai 26 Mac ini.

Konsulatnya, Djoko Harjanto berkata setiap hari 50 pasangan akan dikahwinkan di peja-bat beralamat di Jalan Stutong.

“Ini adalah untuk mengesahkan perkahwinan pasangan berkenaan dan memberi dokumen berkaitan terutama bagi anak-anak yang terbabit,” katanya ketika mengadakan kunjungan ke pejabat Utusan Borneo di sini semalam.

Warga Indonesia bekerja di Sarawak secara sah ialah seramai 236,000 orang.

“Bila mereka bekerja di sini ada yang berkahwin terus dengan warga Indonesia yang juga bekerja di sini,” katanya.

Sementara itu, menurutnya warga Indonesia enggan dipanggil dengan gelaran ‘orang Indon’ kerana menganggap ia seolah-olah mempersendakan mereka.

Menurutnya, ramai penduduk tempatan yang memanggil dengan gelaran itu tanpa memikirkan perasaan warga Indonesia.

“Ia umpama memanggil orang Malaysia dengan panggilan ‘Malas’ yang sudah pasti menyebabkan perasaan tidak senang,” katanya.