Tiada undang-undang benarkan perkahwinan sejenis

1

KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Dalam mengekang perlakuan sedemi-kian katanya, beberapa perundangan di-gubal termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan Seksyen 22 (kesalahan muncikari ‘ibu ayam’ atau ‘bapa ayam’).

Seksyen 25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubu-ngan sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Sek-syen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga terdapat dalam akta berkenaan, katanya semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada Persida-ngan Dewan Rakyat semalam.

Mohd Nizar bertanya mengenai lang-kah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani masalah homoseksual dan lesbian di kalangan umat Islam di negara ini. — Bernama