Site Last Updated 2:33 am, Friday

Atasi segera masalah lampu jalan rosak

Posted on March 28, 2012, Wednesday

MIRI: Pihak Syarikat SESCo Berhad (SESCo) diminta menyelesaikan masalah lampu jalan di sekitar Miri yang rosak dan masih menyala walaupun pada waktu siang.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau banyak menerima aduan daripada orang awam mengenai masalah itu sejak enam bulan lalu.

“Mereka mengadu lampu jalan berkenaan yang rosak tidak diperbaiki.

“Pihak SESCo juga perlu menyediakan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk membolehkan orang awam membuat aduan,” katanya semasa taklimat bersama Pengurus Wilayah Kawasan Utara Sarawak Energy Berhad (SEB) Yusri Safri.

Taklimat turut dihadiri Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sebastian Ting dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Andy Chia.

Sementara itu, Lawrence berkata, sebagai contoh lampu jalan di kawasan Luak Bay masih menyala sehingga jam 9 pagi dan di Krokop minggu lepas, lampu jalan menyala selama 24 jam manakala di kawasan lain lampu  menyala mulai jam 3 petang.

“Apabila lampu ini menyala pada waktu yang tidak sepatutnya, Majlis Bandaraya Miri (MBM) pula dipersalahkan.

Sedangkan jelas Lawrence, masalah lampu tersebut adalah di luar bidang kuasa MBM.

Mengulas perkara itu, Yusri memberitahu, kerosakan serta lampu yang menyala pada waktu yang tidak sepatutnya mendapat perhatian daripada SESCo.

“Kami ada sistem perkhidmatan pelanggan yang menerima aduan berhubung kerosakan lampu dan masalah lampu yang menyala pada waktu siang.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.