Manual Standard Kualiti Pendidikan Tadika dilancar

0

KUCHING: Manual Standard Kualiti Pendidikan Tadika Negeri Sarawak dilancarkan semalam, dalam usaha membangunkan pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia merupakan salah satu usaha Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sara-wak (MPAKS) di bawah Jawatankuasa Kecil Penetapan dan Pematuhan Standard Kualiti.

“Manual standard ini akan menjadi garis panduan dalam usaha mewujudkan pendidi-kan berkualiti di tadika awam dan swasta di negeri ini.

“Usaha membentuk manual ini bermula pada tahun 2010 dengan penyediaan draf awal standard kualiti dan selesai pada Januari 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap melancarkan Manual Standard Kualiti Pendidikan Tadika di Sarawak yang di-hadiri Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Jaidah Alek di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Fatimah berkata, sebanyak 1,000 naskhah buku manual telah dicetak dan akan diagih-kan melalui agensi pelaksana tadika di Sarawak.

Manual standard itu me-rangkumi lima dimensi iaitu Dimensi Aspek Fizikal, Dimensi Program Pembelajaran, Dimensi Kebajikan dan Ke-sejahteraan Murid, Dimensi Personel dan Dimensi Peng-urusan.

“Dengan adanya manual standard ini ia akan memberi manfaat kepada semua tadika agensi kerajaan seperti pra-sekolah Jabatan Pelajaran Negeri iaitu sebanyak 1,080 buah dan Tadika Perpaduan Negara dan Integrasi Nasio-nal (170 buah).

“Selain itu Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak se-banyak 1,414 buah dan 367 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri,” ujarnya.

Sementara itu Jaidah dalam ucapannya berkata, manual standard itu diharapkan menjadi satu bahan rujukan dan panduan kepada pengendali prasekolah di negeri ini.

Ia katanya dalam usaha mencapai pendidikan prasekolah yang lebih berkualiti.