Konsep pembangunan berpusat wujudkan banyak bandar satelit

0

MIRI: Usaha kerajaan negeri me-rancang dengan teliti konsep pembangunan berpusat yang menghimpunkan pelbagai jenis aktiviti ekonomi di bawah satu bumbung ternyata berjaya, dengan wujudnya banyak bandar satelit di ne-geri ini yang menawarkan pe-luang-peluang ekonomi, pekerjaan dan integrasi sosial.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Pembangunan Per-industrian Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ber-kata, kawasan Tudan di Miri merupakan satu contoh konsep pembangunan berpusat yang berjaya, di mana kawasan ini yang suatu ketika dahulu adalah hutan paya gambut kini telah bertukar menjadi salah satu kawasan pa-ling berkembang di Sarawak.

“Dulu Tudan kawasan hutan paya (gambut), tetapi kita telah membuat perancangan pemba-ngunan berpusat.

“Hasilnya kawasan Tudan kini sudah berubah menjadi sebuah bandar satelit yang berkembang dengan pesat.

“Penduduk Miri juga telah menikmati kemakmuran hasil pembangunan ekonomi yang cepat ini, serta gaya hidup yang semakin berkualiti di samping persekitaran bandar raya ini yang begitu indah,” ujar beliau semasa berucap merasmikan pusat beli-belah sehenti emart di Tudan, dekat sini, semalam.

Beliau mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin yang mewakili Menteri Kewangan merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda di Peja-bat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pemba-ngunan Keluarga Rosey Yunus, Pengerusi Eksekutif emart Datuk Ting Ong Hua serta Pengarah Urusan emart Ngu Ting Sii.

Dalam pada itu, Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dalam ucapannya turut melahirkan rasa kecewa apabila dua daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini tewas kepada pembangkang sedang-kan pembangunan pesat di Miri adalah hasil daripada usaha dan perancangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Miri sudah jauh berubah dan semua pembangunan yang dinikmati oleh rakyat di sini adalah hasil pembangunan kerajaan BN.

“Sebab itu saya kecewa kerana dalam Pilihan Raya DUN yang lalu, Miri (DUN Pujut dan Piasau) jatuh ke tangan pembangkang, sedangkan yang telah ber-usaha membangun dan mengangkat Miri (menjadi seperti hari ini) ialah kerajaan BN,” katanya.

Bagaimanapun Awang Tengah menekankan bahawa kerajaan ne-geri akan terus memastikan Miri terus membangun dan maju sebagai sebuah bandar raya peranginan.

Kerajaan negeri katanya, mempunyai dan telah merangka agenda pembangunan jangka panjang untuk kemakmuran rakyat di ne-geri ini, bagaimanapun kemak-muran itu amat bergantung ke-pada sokongan rakyat terhadap agenda pembangunan tersebut.

Di majlis itu juga Awang Tengah menyaksikan penyerahan empat cek kepada dua badan amal di sebuah gereja dan jawatankuasa Masjid Senadin, di Miri oleh pihak pengurusan emart sempena perasmiannya.