Pengalaman hidup Langgu boleh diteladani generasi muda

0

KOTA SAMARAHAN: Sebagai seorang individu yang dilahirkan daripada keluarga yang susah dan dibesarkan dengan penuh keperitan sudah tentu pengalaman hidup Dato Sri Edmund Langgu Saga boleh dijadikan pengajaran kepada generasi muda masa kini.

Bagaimanapun ia mungkin tidak dapat dijadikan rujukan sekiranya ia tidak didokumentasikan dalam sebuah biografi yang memaparkan tentang penglibatan tokoh dan pe-juang politik Sarawak, yang berusia 76 tahun itu.

Sehubungan itu ia mencetuskan idea Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui dua pensyarahnya Timbalan Dekan Fakulti Penyeli-dikan dan Pascasiswazah Dr Neilson Ilan Mersat dan Dekan Fakulti Sains Sosial Profesor Dr Spencer Empa-ding Sanggin untuk mene-rbitkan buku biografi Dato      Sri Edmund Langgu  ‘Seorang Pemimpin dan Pejuang’.

Buku yang  dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom di UNIMAS itu semalam, antara lain memaparkan sumbangan langsung Langgu kepada masyarakat dan juga negara Malaysia dalam konteks perjuangan politik dan ke-pimpinan beliau.

Langgu yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku melahirkan rasa berpuas hati apabila kepimpinan dan perjuangan beliau selama ini turut dihargai melalui penulisan itu.

“Saya amat berpuas hati dan ia petanda kepada perjuangan dan kepimpinan sejak saya menjadi Ahli Dewan Rakyat pada tahu 1963 dahulu,” kata-nya ringkas.

Beliau yang merupakan pemimpin tempatan yang terbabit dalam pembentukan Malaysia pada 1963, menyifatkan banyak perbezaan pembangunan dahulu dan kini termasuk kepimpinan.

Mengakui banyak perubahan yang dibuat termasuk pembangunan, Langgu bagaimanapun memberitahu kemajuan itu tidak dinafikan banyak tertumpu di kawasan bandar.

“Pada pandangan peribadi saya, banyak yang masih belum memuaskan dan berada jauh di bawah jangkaan  dalam pembangunan luar bandar.

“Semasa kita membuat keputusan dalam menyertai pembentukan Malaysia, jangkaan kita dalam pembangunan adalah tinggi sekali,” kata-nya.

Langgu dilahirkan pada zaman pemerintahan Brooke, pada tahun 1936 iaitu enam tahun sebelum Sarawak jatuh ke tangan pemerintahan Jepun.

Memetik buku biografi itu, penglibatan beliau dalam politik juga boleh dikatakan agak berwarna-warni.

Berpeluang bersama rakan yang lain membentuk kerajaan Sarawak yang pertama pada 1963, beliau kemudiannya dilantik menjadi ketua pembangkang di Parlimen Malaysia pada 1974 selepas beralih menjadi pembangkang pada 1966.

Menariknya, dua tahun kemudian beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian apabila Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1976.

Selain politik, Langgu amat arif tentang adat dan budaya kaum Iban dan beliau pandai mempersembahkan pelbagai bentuk tarian ngajat kaum Iban dan mampu menyampaikan budaya lisan Iban se-perti renung dan sampi (mantera klasik) dengan baik.